CUTI PERTENGAHAN SEMESTER I DAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar akan memulakan cuti Pertengahan Semester I dan cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 10 Ogos 2012 hingga 26 Ogos 2012. Sehubungan itu, semua pelajar dikehendaki mematuhi arahan berikut:

1.1 Tidak perlu mengimbas kad matrik ketika keluar dan masuk.
1.2 Memastikan bilik-bilik pelajar berada dalam keadaan bersih, kemas dan berkunci.
1.3 Membawa balik semua barang-barang berharga seperti notebook, telefon bimbit dan sebagainya ketika meninggalkan kolej.
1.4 Dibenarkan keluar bermula jam 12.45 tengah hari bagi pelajar perempuan dan 2.45 petang bagi pelajar lelaki.
1.5 Dikehendaki mengosongkan asrama selewat-lewatnya jam 10.00 malam pada 10 Ogos 2012.
1.6 Kembali semula ke kolej pada hari Ahad (26/8/2012) sebelum jam 7.00 malam.

Pelajar diingatkan agar memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga masing-masing bahawa kesesakan lalu lintas akan berlaku pada masa tersebut dan diminta agar semua pihak dapat bersabar dan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kolej.

Bersama-sama ini dilampirkan MEMO BALIK BERMALAM CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 DAN HARI RAYA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s