Sukaneka blok A3 telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Disember 2012 di Astaka, Kolej Matrikulasi Melaka bagi sesi 2012/2013. Aktiviti ini dijalankan untuk membina semangat kerjasama bagi setiap pasukan serta meningkatkan kecergasan individu bagi setiap pasukan. Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpasukan, setiap individu akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sepasukan. Proses ini akan meningkatkan lagi kebolehan untuk mencetuskan gelombang kesungguhan dan keyakinan yang tinggi bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang kelak.
Advertisements