SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

exam-1

Kami, jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Doa dan restu kami sentiasa mengiringi anda.

Tip-tip peperiksaan:

1. Siapkan segala peralatan
Mykad, kad matrik, pensel kayu 2B jer yek, pen biru pen hitam (warna pink tak dibenarkan), getah pemadam, kalkulator (penutupnya simpan dalam loker), pembaris…semua letak dalam plastik lutsinar atau ikat dengan getah. (Boleh mohon sumbangan ikhlas daripada abang kafe). Check jadual exam dan lokasi kamu menduduki exam.

2. Tidur awal ( 6 – 8 hours )
Awal dari kebiasaan.

3. Bangun awal.
Please kunci jam, room mate yg bangun awal, jangan lupa kejutkan rakan-rakan. Jangan lupa mandi dan gosok gigi, kesian dekat pengawas yang nak round sebelah kamu. Solat subuh mohon keberkatan daripada Nya. Baju bersih, pakai pakaian yang sewajarnya dan datang 15 minit sebelum exam bermula.

4. Breakfast, breakfast and breakfast.
Jangan terlalu berat (bimbang tidur pulak)., jangan tak ambil langsung. Demi perjuangan yang baru bermula, perlukan tenaga….minum Ho Ho Ho…Holicks….tak pun MIILO …anda akan jadi sihat dan kuat. Kalau makan biskut, beli Biskut Tiger yek…. kalau Oreo lambat lah dapat makan, sebab kena buka, jilat dan celup dulu..

5. Langkah kaki kanan.
Kalau terlangkah kaki kiri, sila gostan.

6. Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal.Hasbunallah wa ni’mal wakeel. Amin.

7.Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. Jangan lupa call / SMS / Whatsapp / twitt / keek. Atau yg sewaktu dengannya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s