Pada 17 Jun 2015, satu majlis high tea sempena persaraan Ketua Penyelia Asrama iaitu Pn. Noorisah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana. Beliau akan mula bersara pada pertengahan Julai 2015, namun begitu, disebabkan tarikh persaraan beliau pada bulan ramadan, JK Kolej Kediaman mengambil keputusan untuk meraikannya lebih awal.
Majlis ini juga sempena majlis kesyukuran MPPB sesi 2015/2016 yang telah berlangsung dengan baik. Majlis turun dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengara, KJPP, KJM, KJS, felo-felo dan penyelia asrama. Kami mengucapkan terima kasih kepada Pn Noorisah sepanjang perkhidmatan beliau di KMM dan semoga terus berjaya dalam apa bidang yang dilakukan.
